KETIKA MENCARI CALONJanganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kitaJanganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMARAnda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAHAnda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHANCatat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI keranamenyia-nyiakan do'a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMABersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGASedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalanbertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak danduri.
7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANGJangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justrusemakin erat berpegang tangan
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUMYakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurusdengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANGJangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingikita semasa menderita
12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMIBoleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untukbangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukanpertolongan Anda.
13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERITetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
14.KETIKA MENDIDIK ANAKJangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orangtua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....
15.KETIKA ANAK BERMASALAHYakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.
16.KETIKA ADA PIL.Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.
17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONISGunakanlah formula 7
K1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran
No comments:
Post a Comment